Thursday, April 23, 2009

NOTA PANASSS!

Lately nie cuaca panas tahap neraka siot.Nak jer aku masukkan diri aku dalam esbok umah aku tapi aku berjaya mengawal nafsu untuk tak buat camtu.Cuba la korang bayangkan masa awal pagi tadi aku gagal meniduri diriku so aku buatlah aktiviti ko-kurikulum seperti menjemur baju kat ampai,membuat perhiasan rumah dari kertas suratkabar dan kanji dan lelain yg sewaktu dengannya la kan...Sambil aku menyidai kain tu aku nyanyilah lagu Sepultura(benneath the remain) fuh lagu nie memang faves aku masa pegi mengaji dulu kat rumah Makcik Ros dulu.Dalam pada tu makcik sebelah umah aku sesikit jejeling kat aku...pastu maid dia lak kuar...kejap kejap dia masuk....pelik kan....aku memang la pakai bermuda jer kat umah...belenging.Dalam hati aku mesti makcik nie ngan maid dia kagum ngan potongan badan aku yang macam Triple H kot.So aku buat derk jer...perkara biasa..maklumlah...ensem..mak aku yang cakap..chewwwwwwah.Lepas tu ingat nak serapan la...tapi omei dah abiskan mee aku...ade gak kang aku silambam buah pinggang dia nie kang!!!tinggal air sirap je kat esbok.Majal sungguh bila aku masuk bilik air nak mandi dan berak,rerupanya zip aku...watefak!!!...gigil siot...

nota pelempang cilanat:Camnelah aku nak hadap muka makcik nie esok... kang aku keluar teleng kekanan jer la...

No comments: