Monday, April 27, 2009

HAL HAL YANG BIKIN AKU BENGKEK..PART 1

Kesyahduan malam mebungkas rasa kecipanan yang teramat tinggi pada diriku hanya kerana ;
Chewaaahhhh....korang nak tau nape aku jadi camnie???tak nak pun kene gak tau...meh sini meh...



Orang (orang ke?) yang tanya sesuatu yang dah clear bagi aku melainkan dia memang terencat akal.contohnya....Sejak aku nganggur nie aku bukan dok diam jer tunggu bulan jatuh keriba,kekadang riba aku yang jatuh kebulan..(apekejadahnya nak bulan jatuh kat riba ek?kan ke sakit sebab bulan tu berat,sambil pandang maid makcik sebelah sebab nama dia bulan)
So aku buatlah bisnes online .Aku jual memacam barang kat internet...memacam barang seperti perabot antik sekenhen,hi-fi set,peralatan av,laptop,pc,pendek kata apa saja yang manusia kat muka bumi nie mampu angkat sendiri...aku jual....seperti biasalah kan...aku mesti iklankan kat internet...secara detail barang yang aku nak jual tu...diulangi ..DETAIL.Contohnya kalau aku jual laptop...aku akan sertakan spec dia sekali seperti...ram berapa besar,hard disk saiz,graphic card,drive apa ,processor speed,os apa,even kalau ada secalit scratch kat bahagian battery dia pun aku akan highlight..ini untuk senangkan customer aku decide samada nak beli atau tak.Tapi masih ada pertanyaan camnie yang aku terima dlm sms...






1.Laptop awak nie pentium apa ?(sangat haramjadah orang ini,ko buta ker atau ko nak aku butakan mata ko?)


2.Berapa awak nak jual? (laaa..kan aku dah nyatakan harga sekali,cakaplah alau kau nak nego harga ...bila aku bebuat lupa dan tanya 'berapa harga yang aku letak kat situ?' dia jawap 'entahlah..saya tak tahu' Korang tak panas ker?Abistu mana ko nampak iklan tu ngan mane kao dapat no tipon aku?


3.Orang yang kemaruk diskaun tak tau dia ada kemaluan sampai aku jual power supply computer rm15 satu pun dia nak tawar harga.Mane kos aku nak ngantar pos ke penang lagi....ape ko ingat pos malaysia tu abah aku punyer ker?


4.Ada sorang customer nie call aku dari kedah nak beli hammer drill yang aku jual separuh harga dari market jual secara pukal(bulk)maknanya dalam kuantiti yang banyak la...pastu dia kata susahlah...sebab dia kat kedah...dia suruh aku antar...takkanla transaction yang bernilai rm280 tu pun ko nak aku hantar?bila dah diskas dia bagi syarat lak kat aku...dia suruh aku pos barang dulu pastu baru dia bayar kat aku pakai maybank2u...apekejadahnya...dahlah barang berat mesti kos mahal...pastu barang nak sampai sana dalam 5 hari bekerja...dan bila barang sampai sana kalau dia tak bayar aku camne?nak repot polis...sesia jer polis gelakkan aku nanti sebab bodoh...bagi org barang camtu padahal aku tak kenal pun sape dia..pendek kata takleh buat kes mahkamah la...hakim mesti kata itu masalah awak sebab awak bodoh...so,bila aku kata camtu kat dia, dia marah...dia kata takkan barang yang rm280 tu dia nak kapur???YELAHHHH...takpelah...jual kat orang lain lagi baik...Yelah...kita meniaga nie mesti nak rolling stok dan duit cepat...aku tak mampu nak tengok stok dan transaction aku stuck camtu jer.Meniaga mesti cycle duit ngan cepat...lainlah kalau nak buat amal...ye tak?


5.Nie yang paling aku menyampah...bila dah close deal...tunggu orang macam nak rak...rak pun tak macam nak aku tau.Sampai sudah takde kabar berita sedangkan aku dah delete ads aku tu sebab dah ada buyer(memang camnie undang undang dia)makna nya aku miss satu sale dan aku miss peluang jual barang aku dalam masa 1 hari...membazir masa dan kredit henpon aku.Ada yang klasik tu sms aku kata tak jadi sebab tunang tak bagi la...wadefak???blom kawen pon tunang kau dah jimbit ko camtu...tak taulah aku....


layan mende at atas nie la ek....hikssss...


nota cilanat:Jangan tunjuk bodoh ko kat orang...walhal ko memang bodoh sesangat.(chewaaahhh...marah le sangat,hiks)

Saturday, April 25, 2009

SIRI BERCAKAP DENGAN JAMBAN...SERAM SIOT..


Agak agaknyer la...korang berani tak berak kat toilet nie yek?..hiks....

Pada hari petang semalam, masa gi shopping(chewahhh..dah la ngangur still nak shopping ek)aku rasa teraniaya dan malapetaka kat perut aku.Bulu ketiak meremang secara sekata.Alamak...apakah akan terjadi kat aku????ikuti laporan dari bilik depan rumah Mak Ngah Onah.

Insiden ini bermula begini. Aku mcm biasa la hari cuti setiap hari.Apa gila hari cuti duduk rumah tgk diari Akademi Fantasia je kan? Dah la ekon umah aku malas nak pasang,so rasa cam dalam neraka gak la dok umah , so aku pun mengeluarkan diri aku dan buah hati dan matair aku ke beberapa pusat membeli belah di ibu kota utk melihat2 pusat2 org ramai yg lalu lalang.

Turun jer lrt kami pun turun ke salah sebuah pusat beli belah yg terkenal di ibu kota. Untuk pengetahuan umum, walaupun aku dah dok KL dari kecik lagi , tapi sumpah aku cakap aku sebenarnya tak berapa minat komplek syurga makcik makcik nie. Sadis sungguh.

Selepas masuk ke dlm. Antara tujuan lain adalah utk mencari beberapa barang keperluan peribadi aku yg aku rasa tak payah aku list disini sebab ade sesetengah golongan akan berasa aku iras2 Datuk K nanti.

Aku masuk situ, aku dapati org memang boleh tahan ramai. Dari golongan kanak2, remaja, orang tua, warga indon, warga emas, warga Filipina, warganegara dan kosa kata yang sewaktu dengan nya ye. Aweks2 yg baru nak dressap stail Rihanna pun ramai. Aku jalan mcm biasa je.

Tgh syok aku jalan2 sekali aku rasa semacam. Pergerakan aku ketika itu rasa dah tak best walaupun aku memang hensem ketika itu. Aweks yg lalu lalang aku dah kurang peduli. Mata aku liar mencari satu lambang yang memang aku perlukan pada masa kecemasan tersebut.Apakah yang dicari oleh aku????bagaimanakah kesudahan nya???kita nantikan selepas iklan nie yek...


hehehehe...camne?best tak drummer dia?aku suka orang macam nie...berdedikasi 250%...cheeewaaahhhh

Aku carik jamban! Perut menunjukkan rasa tidak puas hati beliau. Apa masalah aku tak tau. Sebelum keluar tadi aku bedal nasik putih dgn sambal tempe. Haish.Matair aku saje letak julap kot untuk mematikan aura hensem aku,takpe nanti aku revenge balik.chewaaahhhh

Aku kalut mencari jamban. Kalau tadi aku jln macam Americas Next Top Model, sekarang aku jalan spt David Beckham kena tekel dekat bahagian ulu hati. Body contact terpaksa dilakukan utk membuka jalan kepada diri yg berada dlm keadaan cemas ni.Tetiba...nampak signboard kecik atas meja....wadefak!!! nak kencing kene bayar 0.50 sen? Sib baik aku bukan kat KLCC yang ada jamban harga dia rm2.00.Tah pape tah! Kapitalis betul la! Bukan nyer ade orang tolong cebokkan kau pun.


Aku pun bayar la...terus lari masuk...cilanat tul la...ramai giler orang beratur...diorang pun makan sambal tempe yang matair aku masak ker?itu yang terdetik kat hati aku. Tapi bile diorang datang umah makan?Ada tak kemungkinan yang matair aku tu e-mail sambal tempe tu kat diorang???

Tah la...sama sama lah kita nantikan jawapannya diepisod akan datang ye....


Berbalik pada sajak aku yang tadi tu......hiks..
Aku runner pegi carik jamban lain. Tingkat berapa tah aku dapat satu jamban. Nampak dari luar macam kosong. Hati mula girang dan gembira dihari raya. Masuk saja, air muka aku bertukar. Ramai siakk..

Aku terpaksa melakukan kemutan peringkat ultra utk membendung objek tersebut dari keluar ketika aku tak sedar.Bak kate orang nak beranak tu..'Contraction'. Memang tak hensem langsung aku time tu. Satu toilet keluar, aku masuk laju tanpa peduli orang tepi. Yelah...air tuban dah pecah beb!

Pehhhh. Sekali mamat tadi cilaka lagi la kan? Dia boleh kasi tinggal dia punya goreng pisang dalam itu mangkuk tandas. Mangkuk ayon betul! Ikut hati nak je aku sumbat muka dia dalam mangkuk tandas tu ketika objek tu sedang terapung2 pastu flush 7 kali supaya flushan aku tu mabrur.

Terpaksa postpon lagi hajat aku walaupun dalam hati rasa nak merusuh dijalanan dan di punggung dah rasa nak meletup. Nafsu mencarut sedikit terbit. Aku tunggu kat luar toilet. Pastu ade satu cina masuk selamba hadap. Pastu dia keluar, objek tersebut masih ditempat yang sama. Cilaka gak sebab tak flush lagi rupanya.

Toilet sebelah kosong, aku masuk terus. Aku masuk terus cek, mangkuk tandas kosong. Cun, pastu try bukak air. Air dia memang kuat terus?basah kaki seluar aku... Yesssss! Time ni aku pasrah. Aku terpaksa akur. Tiada guna aku cuba memberontak. Aku terima kenyataaan walau aku memang tak gemar melepas kat tempat lain selain umah aku jer.Dengan berat hati dan seribu rasa penyesalan aku pun selamat melahirkan idea idea bernas.

Lepas aku melepaskan hajat dan menyesuaikan diri dgn keadaan tandas yang seperti cilaka tersebut, aku keluar untuk cuci tangan. Aku mengetap bibir menahan marah kerana tak ada sabun. "Ni restoran mamak ke apa ni?!!" aku jerit kuat dlm hati sambil mengkarate singki dan bangla cleaner berdekatan.


Aku terus keluar, masuk tandas perempuan dgn muka bengis, cuci tangan dgn sabun, lap tangan dgn tisu dan pastu terus blah. Sempat gak aku jeling sorang dua awek dlm tu dulu..
chewahhhhhhhh...


mamat nie happy sangat sebab dapat belon spongebob...dah 15 tahun dia mintak aku belikan dia tapi aku tak beli gak...last last dia ugut kalau aku tak beli belon spongebob tu dia nak terbang tinggi sambil pakai baju sepomen tu...tu yang aku belikan dia tu....muke bangger giler tu...cheewaaahhhhh....




soalan cilanat: ayat last kaler merah tu korang percaya tak?.

Thursday, April 23, 2009

NOTA PANASSS!

Lately nie cuaca panas tahap neraka siot.Nak jer aku masukkan diri aku dalam esbok umah aku tapi aku berjaya mengawal nafsu untuk tak buat camtu.Cuba la korang bayangkan masa awal pagi tadi aku gagal meniduri diriku so aku buatlah aktiviti ko-kurikulum seperti menjemur baju kat ampai,membuat perhiasan rumah dari kertas suratkabar dan kanji dan lelain yg sewaktu dengannya la kan...Sambil aku menyidai kain tu aku nyanyilah lagu Sepultura(benneath the remain) fuh lagu nie memang faves aku masa pegi mengaji dulu kat rumah Makcik Ros dulu.Dalam pada tu makcik sebelah umah aku sesikit jejeling kat aku...pastu maid dia lak kuar...kejap kejap dia masuk....pelik kan....aku memang la pakai bermuda jer kat umah...belenging.Dalam hati aku mesti makcik nie ngan maid dia kagum ngan potongan badan aku yang macam Triple H kot.So aku buat derk jer...perkara biasa..maklumlah...ensem..mak aku yang cakap..chewwwwwwah.Lepas tu ingat nak serapan la...tapi omei dah abiskan mee aku...ade gak kang aku silambam buah pinggang dia nie kang!!!tinggal air sirap je kat esbok.Majal sungguh bila aku masuk bilik air nak mandi dan berak,rerupanya zip aku...watefak!!!...gigil siot...

nota pelempang cilanat:Camnelah aku nak hadap muka makcik nie esok... kang aku keluar teleng kekanan jer la...

Sunday, April 19, 2009

KRONOLOGI HILANG AKAL TAHAP GABAN.

Dah 4 bulan aku menganggur dan tak bergaji.Pening siot fikir camne nak survive kat kl nie kala semua benda perlu wang untuk bergerak.Aku cuma berdoa supaya tuhan gandakan rezeki orang yang lari dari membayar gaji aku.Tahniah pada aku sebab berjaya buat tunggakan sewa rumah sebanyak rm1700 (2 bulan tu..).Tu belum bil letrik/air/astro/digi/maxis/telekom/kredit card dan memacam lagi.Kadang kala terlintas kat otak aku nak give up saja ...tapi......

tunggu...aku bukan macam tu!

Aku Survivor.

MAMAT NIE YANG KATA AKU SURVIVOR !


So aku kena buatlah apa yang patut....


'Apa yang penting...KERJASAMA...'


DIORANG CAKAP.