Thursday, April 7, 2011

OHSEM!


Aku rasa amatlah tak patut untuk aku tak bantu mamat nie untuk dia belajar tentang bidang yang dia minat ini....

aku dah dengar dia nyanyi banyak kali...dan dia memang berbakat besar dan boleh digilap lagi....

Dia cuma perlukan platform untuk dia melangkah lebih jauh...

Aku rasa korang juga mesti bantu dia...

Dia....adalah....KAY AF9.


taip AFUNDI KAY hantar ke 32999.

Monday, October 11, 2010

Hanya Mereka Yang Boleh Menilai.


Bagus sangat ker kau rasa kalau dulu kau sekadar dok kat hulu tu doing nothing except kipas dan kipas & menganiaya sesama bangsa sampai kau dapat kedudukan kau sekarang nie?

Bagus sangat ker bila kau rasa kau on top of everything but kau lupa takde sapa pun sayang kau?


Bagus sangat ker kau rasa bila satu pun kerja aku kau takkan boleh buat manakala semua kerja kau aku boleh selesaikan tanpa banyak masalah?

Bagus sangat ker kau rasa bila kau rasa kau dah cukup perfect dalam segala hal hingga memandang rendah pada orang lain padahal kaulah orang yang paling tak sempurna dalam dunia ini?

Bagus sangat ker kau rasa bila semua tindakan kau tak dapat kereda'an?

p/s: Orang macam nie hati dia dah mati untuk menerima apa saja input dari orang lain...dia saja yang perfect dan betul manakala orang lain semua buruk.(memang dah ditakdirkan dia dilahirkan untuk menyesal selamanya!)

Thursday, September 2, 2010

NOBODY PERFECT

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini."Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?", ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang."Sejujurnya sampai sekarang aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang.
Dulu waktu aku di Utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untukku dan sesuai menjadi isteriku. Namun belakangan selepas itu baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.
Di Ipoh aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, dia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi akhirnya aku ketahui dia dari keluarga yang berantakan (berpecah belah) dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pasangan hidup yang dikirim oleh Tuhan untukku"."Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi?. Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".Kawannya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?.... Nobodys perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Friday, August 20, 2010

Tanda Tanda Sebelum Mati.




Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :



Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.




Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.




Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.




Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.




Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.




Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.




Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.






diambil tanpa izin dari : http://bahteramujahid.blogspot.com/

Tuesday, August 3, 2010

SERIBU BINTANG



Ingin kupergi jauh darimu


Agar kukenal erti rindu ini


Ingin aku menyelami jiwamu


Agar kukenal dirimu kasih






Tuesday, July 13, 2010

Tapi Bukan Aku....

A selalu mengadu...
A selalu mengeluh sendirian...
A selalu memendam rasa...
A selalu dimalukan tanpa belas kasihan...
tapi A selalu senyum...
A terima segalanya dengan tabah...
A sentiasa memaafkan...
A rawat luka sendirian...
tapi A juga manusia biasa...
diakhir perjalanan A terpaksa undur...
A terpaksa korbankan 2 cintanya...
A akan derita seumur hidup...
tanpa ada sesiapa pun sedar...
kerana...
A akan terus senyum...
A akan terus memaafkan...
Hingga hujung nyawa .

Saturday, July 3, 2010

Noktah.....


Ya Allah Ya Tuhanku,

Aku maafkan semua orang yang pernah buat salah dan buat dosa pada aku.

Walau sebesar mana dosa dan salah mereka.

Aku maafkan mereka setiap hari sebelum aku tidur melelapkan mata aku.

Aku akan lupakan setiap perkara tak baik yang mereka dah buat pada aku.

Aku mohon pada Mu, Ya Allah Ya Tuhanku,

Supaya kau lembutkan hati semua umatmu yang bersengketa dan berperang diluar sana.

Jadikanlah mereka berbaik baik sesama manusia,

Sesama islam.

Lembutkanlah kekerasan hati mereka,

Moga mereka juga sependapat dengan aku.

Moga aku dapat melahirkan waris yang berlapang hati.

Moga keluarga aku juga melakukan yang sama seperti aku agar lapang kubur aku kelak.

Hanya padamu aku memohon pertolongan Ya Allah.

Moga hidup kami sekeluarga diberkati dan diredhai.

Moga rezeki kami diberkati dengan restu ibu dan bapa kandung dan mertua.

Amin.


P/S: Harap korang juga doakan aku yer.